Friday 30 December 2011

Sekolah..! :O

Hai, assalamualaikum.. hari ni 30/12.. cube kire lagi bpe hari nak sekolah? 1 minggu kan.. Haa... untuk yang masih bersekolah ni, dah sedia ke belum tu? mesti ade yang rase bosan ngan gembire kan.. Yang nak masuk tahun 6 tu, blajar lah rajin-2 ye.. supaya dapat 5A.. kalau 4A 1B pon xpe.. ptu,yang nk msuk form 5 tu.. ade SPM, blajar lah jugak yer.. mane tahu straight A, boleh msuk "U" ke, blajar luar negara ke.. yang aku citer ni.. aku ni dh sdie ke blom? tahun dpan darjah 6 dah.. HAIYYOO ~ malas lah pulak, tapi bile bace je snarai yang kena buat untuk tahun 6 nanti.. macam best je.. huhuhuu.. tapi cikgu-2 garang tu x kesah lah sangat.. :p
Okey, bye.. asssalam.. :)

Tuesday 20 December 2011

Snow Walk (my bufday)

Hye.. assalamualaikum.. hari ni jadi jannah..
kitorg pegi dkt SNOW WALK.. best..! Kat situ sejuk sngt.. suhu die -5..
mule-2 msok best, ptu bile dok lame skit sejukk giler.. kat situ kitorg main bola salji,bola sepak pon ade n kitorg main SLIDE....
Slide tu kan,wktu first naik tkot.. bile dh cube byk kali rse x tkot n best.. 
Dekat situ kene pkai jaket yang die bagi.. Kasut untuk tahan sejuk pon ade..
Tpi klau pakai jaket die pon sejuk jugak rse..Hidung merah,tangan sejuk, ptu asyik2 nk jatuh jer..
die ade 1 lgi slide,jalan die kecik jer.. tpi x siap lagi.. Kalau korg nk pegi,datang lah..
Harga (10 pgi-6:00pm): 20 ringgit kanak2 
                                            : 25 ringgit untuk dewasa

Sekali dengan Jaket, tapi kalau kasut die kene sewa rm10..Harga malam mahal daripada pagi..
(6:00 ptg-1:00 pagi)
Nak tengok x gmbr kitorg gi sane.. Kat bawah ni.. 
Harga tiket..
Ramaikan orang..
 Ini saya..
 Adik beradik saya.
 Abang saya..
 Saya dan ibu saya..
 Mase ni tengah sejuk..
 Slide..
 Abang ke-2 saya..
 Merahkan hidung.. :D

Okey, bye.. :)

Sunday 18 December 2011

THE BEST DAY !

Hai, dan salam.. hari ni jannah nak citer pasal THE BEST DAY ! nak tau nape? sebab besok 20/12 hari jadi jannah tau.. mesti best kott.. Besok jannah ngan family nak gi GENTING HIGHLANDS, kitorg main OUTDOOR GAME.. Auuww ! x sabarnye.. jannah nak sangat main DRAGON FLY , SUNGAI REJANG FLUME RIDE  , SPINNER .. sebelom nie pnah pegi, tapi x naik pon bnde-2 tu.. Tapi paling best naik ROLLER COASTER kott.. janah x penah naik .. sebab tinggi die untuk 140 cm dan kbanyakkan nye kt sne 137 cm ke atas .. jannah 135 cm jer.. harap2 bile sampai sane dah naik ketinggian .. Okey, bye all.. :D

Friday 16 December 2011

Fakta2..

FAKTA-FAKTA..

MATEORIT :

Mateorit yang jatuh di Hoba West,Afrika,pada tahun 1920 merupakan yang terbesar
dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan
2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 TAN.

LOGAM OSMIUM :

Logam osmium adalah yang paling tumpat di dunia iaitu
enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz
wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.

KELAJUAN MAKSIMUM  :

Kelajuan maksimum 39,897 km sejam yang dicapai oleh Apollo 10
merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 
kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.

BOM ATOM :

Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun
dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera 
dan tenaga pekerja yang ramai.

BERAS :

90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari Benua Asia dengan China
sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding 
Malaysia 2.17 juta tan metrik.

MICROPATIENT :

Penerbit komersil maklumat hak cipta, Micropatient, Connecticut, Amerika Syarikat 
memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi 
hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta 
utiliti di seluruh Amerika Syarikat.

PELABUHAN :

Pelabuhan barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu 
mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan 
masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh
Pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang.

Tuesday 13 December 2011

Bacalah..

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.

Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?

Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.

Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.

Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.

Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”

Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.

Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami pen deritaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.

Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.

Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.

Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup.

Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap sya hadah dan menghembuskan nafas terakhir.



Tuesday 6 December 2011

Kelas Tahfiz

Hye,dan salam..
korg tau x..?kt klas tahfiz tu best.. TAHFIZ UIA.. mmg best giler dowh..
ade kwn yg baek cm NUR AIMAN SYAFIQAH , AMIERA NUR FARGHANIM dan laen2..
dorg ni baek tau.. best kwn ngan dorg.. ptu,kt klas tahfi.. ade 2 org budak melayu (ISLAM),
tapy dorg ckp base org puteh.. sbb dorg duduk kt England dari dorg kecik kot..
dorg pham base mlayu tpi x reti nk ckp.. nme budk tu..
Sorg nme Husna dan sorg lagi nme HAFSA kott..aku pon x tau..ade yg umur 7 thun n 6 thun...
HUSNA 6 TAHUN, HAFSA 7 THUN.. kecik2 je..
balek dri klas tahfiz tadi.. aku,syafiqah n adek die.. syahirah, kitorg maen kjar2.. tah pape tah..
kitorg maen kt bwh opis.. hak3.. x pkai kasut pulak tuh.. wlaupon best .. tpy Amiera x dtg.. x best..
sbb slalunye die tukang kepoh.. slalu bising.. best ah..
die x dtg x best lngsong.. kwn die ckp, die ikut cikgu tusyen die pegi PETROSAINS .. 
hari ni ngan smalam.. esk x tau agy ah..
k ah..bye2..

Thursday 1 December 2011

IBU

 KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .


Saya sayang MAK saya !


Jika kamu menyayangi ibumu
Komen lah kalau dah baca,aku nak tengok berapa yang sanggup luangkan masa untuk baca :')



Cuti-cuti..

Hello dan assalamualaikum..
hari ini,aku nak cerite pasal cuti bulan 12.. 
bulan 12 ni kan,mesti rmai org pegi bercuti kan.. sme lah cm aku..
bulan 12 ni,aku ade KELAS TAHFIZ and KELAS MENARI..
bengong kan,lpas gi klas tahfiz,pegi menari...HAHAHAHA..
(-.-") 20/12 nti kan,hri jadi aku.. so, mungkin kitorg pegi GENTING HIGHLAND kot..
kalau pegi genting,mknenye..
kene bangon pagi kol 7:00 (siapkan smue brng nk gi sne),ptu..
insyaallah smpai kol 8:30 cm tu kot...klau smpai 8:30,boleh ar mkan..
kol 9:00 berbaris nk beli tiket untuk permainan OUTDOOR..
tapi mak aku cakap,klau nk gi sne..kene pegi awal lah..sbb takot nnti hujan,jalan licin..
kalau smpai sne dh ujan x pe lah,tpi kalau nk pegi tu ujan..x boleh lah..BAHAYA!
nanti,3/12..kitorg nk gi GIANT,CHEF RIZ ade kt sne.. hhuhuhu.. tpy x tau lah kol bpe..
then,4/12.. adik bradik aku,nk gi MUZIUM NEGARA.. 
kitorg kt sne,ade bengkel MEMBUAT ANYAMAN ORANG ASLI..
mesti best kan.. korg gi mne?? spe yg ade bce ni.. silalah komen..
(UNTUK YANG PERGI CUTI SAHAJA)
okeyh,bye smue.. ASSALAMUALAIKUM..