FAKTA-FAKTA..
MATEORIT :
Mateorit yang jatuh di Hoba West,Afrika,pada tahun 1920 merupakan yang terbesar
dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan
2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 TAN.
LOGAM OSMIUM :
Logam osmium adalah yang paling tumpat di dunia iaitu
enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz
wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.
KELAJUAN MAKSIMUM :
Kelajuan maksimum 39,897 km sejam yang dicapai oleh Apollo 10
merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4
kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.
BOM ATOM :
Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun
dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera
dan tenaga pekerja yang ramai.
BERAS :
90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari Benua Asia dengan China
sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding
Malaysia 2.17 juta tan metrik.
MICROPATIENT :
Penerbit komersil maklumat hak cipta, Micropatient, Connecticut, Amerika Syarikat
memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi
hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta
utiliti di seluruh Amerika Syarikat.
PELABUHAN :
Pelabuhan barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu
mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan
masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh
Pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang.